Ahad, 11 Julai 2010

Salam dari Ijan's Burger

Flag of Negeri Sembilan, a state of Malaysia.Image via Wikipedia

Salam dari Ijan's Burger. Kami mula berniaga di Kuala Lumpur pada tahun 1990 dan kemudian berpindah ke Seremban pada tahun 1995, bertapak di Taman Rasah Jaya.
Dua buah cawangan lain telah di buka di Taman Bukit Cedang dan Seremban Jaya.
Disebabkan kekurangan tenaga kerja Ijan Burger telah berpindah dan menumpukan perniagaannya di Taman Paroi Jaya.


Bermula dengan hanya sebuah gerai di sini kami terus bertapak dan berkembang sehingga kini. Perniagaan kami telah mendapat sambutan dan untuk menampung permintaan dari pelanggan-pelanggan kami pun berpindah ke seberang jalan, untuk memperbesarkan ruang perniagaan kami untuk kemudahan dan keselesaan pelanggan, di tapak sekarang bersebelahan dengan Restoran Syed Maju Taman Paroi Jaya.

Pelanggan-pelanggan kami telah membantu untuk memperkenalkan hidangan-hidangan tambahan selain dari burger-burger biasa; dimana kentang goreng, burger oblong dan black pepper sauce telah diperkenalkan. Roti john yang mana hanya disediakan pada bulan Ramadhan telah diperkenalkan dalam menu harian kami apabila pelanggan meminta kami menyediakannya pada hari-hari biasa.

Dan kami kembali ke Taman Rasah Jaya dengan membuka sebuah lagi cawangan di sana.

Laman blog ini diadakan untuk kami mendapatkan dan berkongsi pendapat dan idea bersama-sama pelanggan-pelanggan kami.
Enhanced by Zemanta

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sedap dan berpadan harga.

pakpandir2020

KoBeNg8 berkata...

ijan burger sodap weh!! hahah!!

Thristhan berkata...

The best burger on town, no doubt

Tanpa Nama berkata...

Burger masih perlu penambah baik....sos cili dan tomato ketchup terlalu cair. menjadikan burger lembek. Roti John....sedap wehhh

ujangkundur berkata...

yg melele tulaaa yg sodap...

njwhsnhz berkata...

woi mahal la jugak . sebulan dapat makan sekali je kot kalau mintak kat mak aku . har har , aku dah 2 tahun tak makan doe -,-

baju hijau belang2 berkata...

salam tuan kodai, harap dapat pertimbangkan harga bogo di kodai anda. Penurunan bahan mentah seperti Lada Hitam menyebabkan harga entiti tersebut turun mendadak. Harap charge 50sen untuk sos lada hitam di mansuhkan atau kami pelanggan akan mengadakan demo turunkan harga dalam masa terdekat. Tentatif demo adalah termasuk bawa burger dari luar. Kempen bawa sos lada hitam dari rumah sendiri atau jiran dan kempen cara hidup sihat tanpa burger. Harap pihak tuan memandang serius terhadap cadangan kami golongan muda. Sekian terima kasih.
Ps: Bang, double daging satu (TANPA LADA HITAM LEBIH SIHAT UNTUK POKET). Kat meja ada budak comel pakai baju ijau belang2.

Tanpa Nama berkata...

salam ijan...
apo maha na bogo kau ni....orang ramai patut eh murah la....ni maha lak....cubo turun an hargo tu sikit yo...
raso dah sodap dah...memang sodap ...silap eh mahal....tolong pertimbangkan yooooo

Tanpa Nama berkata...

ijan kat rasah jaya lagi mahal dari kat paroi, tapi takde hal la janji sedap. Tapi masalah sekarang ni air mahal sangat, tea o ais pon rm1.50 agak-agak la gula sekilo pon naik 20sen je. Takkan air segelas naik sampai 30sen kot??