Jumaat, 20 Ogos 2010

Bulan Ramadhan

Salam bulan Ramadhan al-Mubarak. Ijan's Burger dibuka perniagaannya seperti biasa. Menu tetap berbuka puasa adalah roti john dan kemudian menu-menu kebiasaan akan dibuka untuk pesanan.
Sila ke Ijan's Burger untuk juadah berbuka puasa.

Ahad, 11 Julai 2010

Salam dari Ijan's Burger

Flag of Negeri Sembilan, a state of Malaysia.Image via Wikipedia

Salam dari Ijan's Burger. Kami mula berniaga di Kuala Lumpur pada tahun 1990 dan kemudian berpindah ke Seremban pada tahun 1995, bertapak di Taman Rasah Jaya.
Dua buah cawangan lain telah di buka di Taman Bukit Cedang dan Seremban Jaya.
Disebabkan kekurangan tenaga kerja Ijan Burger telah berpindah dan menumpukan perniagaannya di Taman Paroi Jaya.


Bermula dengan hanya sebuah gerai di sini kami terus bertapak dan berkembang sehingga kini. Perniagaan kami telah mendapat sambutan dan untuk menampung permintaan dari pelanggan-pelanggan kami pun berpindah ke seberang jalan, untuk memperbesarkan ruang perniagaan kami untuk kemudahan dan keselesaan pelanggan, di tapak sekarang bersebelahan dengan Restoran Syed Maju Taman Paroi Jaya.

Pelanggan-pelanggan kami telah membantu untuk memperkenalkan hidangan-hidangan tambahan selain dari burger-burger biasa; dimana kentang goreng, burger oblong dan black pepper sauce telah diperkenalkan. Roti john yang mana hanya disediakan pada bulan Ramadhan telah diperkenalkan dalam menu harian kami apabila pelanggan meminta kami menyediakannya pada hari-hari biasa.

Dan kami kembali ke Taman Rasah Jaya dengan membuka sebuah lagi cawangan di sana.

Laman blog ini diadakan untuk kami mendapatkan dan berkongsi pendapat dan idea bersama-sama pelanggan-pelanggan kami.
Enhanced by Zemanta